Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh

Iklan
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga asing kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah rumah kongsi di Bidor, semalam. Gambar hiasan

IPOH - Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga asing kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah rumah kongsi di Bidor, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, kesemua suspek ditahan secara berasingan semalam dan hari ini selepas pihaknya menerima laporan pada 4.21 pagi semalam daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.

Iklan
Iklan

"Pengadu menyatakan lebih kurang 2.30 pagi semalam, semasa berada di rumah kongsi sebuah kilang, terdengar suaminya bertengkar dengan seorang suspek warga tempatan mengenai mangsa yang berusia 34 tahun mengalami kecederaan dan sesak nafas.

Mohd Naim berkata, setibanya pengadu dan suaminya di rumah kongsi berkenaan setelah pulang dari hospital mereka mendapati mangsa telah terbaring di luar rumah dalam keadaan tidak bernafas dan disyaki meninggal dunia.

Iklan

Susulan kejadian itu, pihaknya menahan dua lelaki warga asing berusia 28 dan 37 tahun yang merupakan pekerja serta tinggal di rumah kongsi berkenaan, selain menangkap dua lagi suspek warga tempatan berusia 33 dan 44 tahun yang disyaki suspek utama.

Menurut Mohd Naim, hasil semakan mendapati kedua-dua lelaki tempatan itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Iklan

Beliau berkata, kedua-dua warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan perintah reman terhadap suspek warga tempatan akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Tapah. - Bernama