Subsidi RON95 T15 sudah dibincang pelbagai peringkat - Rafizi

Iklan
Rafizi

SHAH ALAM - Kaedah pelaksanaan penyasaran semula yang dicadangkan khususnya untuk golongan 15 peratus yang tidak layak menerima subsidi bahan api RON95 atau T15 sudah dibentang dan dibincangkan di pelbagai peringkat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri sebelum pelaksanaannya.

Iklan
Iklan

"Setelah semuanya diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat.

"Orang ramai harus fahami bahawa belanjawan hanyalah pernyataan hasrat kerajaan dan belum sepenuhnya diperincikan. Oleh itu, angka yang diumumkan hanyalah anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum dimuktamadkan," katanya menerusi sebuah video di aplikasi X pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bersedia berdepan reaksi awam berhubung komitmennya untuk menarik semula subsidi petrol mulai pertengahan 2025.

Rafizi berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan sistem dua harga supaya 15 peratus golongan maha kaya (T15) dapat membayar kadar pasaran untuk petrol RON95 manakala yang lain mengikuti harga subsidi semasa.

Iklan

Tambah Rafizi, kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan yang melibatkan dasar serta projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

"Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan tersebut untuk memperincikan projek untuk dilaksanakan termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya," katanya.