Perdebatan kaedah terbaik penyasaran subsidi petrol
Iklan
PUTRAJAYA - Cadangan supaya kerajaan menggunakan sistem dua harga di pam minyak sebagai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun hadapan dibimbangi membuka lebih banyak ruang eksploitasi yang menyebabkan ketirisan.
Setiausaha Kehormat Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda), Hanny Julia Haron berkata, kaedah itu dikhuatiri tidak berjaya mengekang ketirisan.