Semangat baharu kriket Malaysia

Iklan

PERSATUAN Kriket Malaysia (MCA) menyifatkan peruntukan RM1 juta diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 sebagai petanda positif kepada pembangunan sukan itu pada masa depan.

Presiden MCA, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali berkata, peruntukan yang itu juga akan membolehkan pemain kriket negara mempunyai akses kepada sumber dan infrastruktur terbaik untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Peruntukan itu akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan kriket di seluruh negara bagi memastikannya memenuhi piawaian bertaraf dunia.

"Ini seterusnya akan menarik pasukan dan kejuaraan antarabangsa, menjadikan Malaysia destinasi utama untuk pelancongan sukan khususnya kriket.

Iklan

"Pelaburan itu juga membuka peluang baharu kepada pembangunan kriket negara menerusi tahap persaingan untuk mengukuhkan hubungan dengan negara pemain kriket utama seperti India, Pakistan, Australia dan Bangladesh,” katanya yang berterima kasih kepada Anwar berikutan komitmen kepada pembangunan sukan berkenaan.

Jelas Mohammed Iqbal Ali lagi, peruntukan RM1 juta itu juga menandakan bermulanya era baharu selepas skuad lelaki dan wanita negara memperbaiki kedudukan ranking dari tempat ke-30 ke-25 dan ke-24.

Iklan

"Pembiayaan ini juga penting terutamanya sebagai persediaan memantapkan skuad negara apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

"Saya percaya kriket akan mendapat manfaat besar daripada pembiayaan ini, bagi membolehkan Malaysia meningkatkan kemudahannya dan memajukan reputasinya sebagai pemain utama di peringkat kriket global,” katanya.

Mohammed Iqbal Ali juga berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang sebelum ini sentiasa menyokong pembangunan sukan berkenaan.

"Usaha gigih beliau (Hannah) dalam memperjuangkan pembangunan pelbagai sukan, termasuk kriket, telah membuka jalan kepada sumbangan kewangan yang besar daripada kerajaan ini,” katanya.