Tonto penyeludupan sempadan Malaysia-Thailand diberkas

Iklan
Selain menahan tonto, PGA turut merampas sembilan unit radio mudah alih dalam serbuan di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat pada Selasa.

TUMPAT - Seorang lelaki yang dipercayai mengambil upah sebagai tonto untuk memantau kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand berjaya diberkas Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbuan di Kampung Bendang Pak Yong, di sini pada Selasa.

Dalam serbuan pada jam 3 petang, selain menahan suspek berusia 41 tahun itu, PGA turut merampas sembilan unit radio mudah alih.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bertindak atas maklumat penyeludupan semasa Op Taring Wawasan Kelantan anggota telah menyerbu sebuah rumah dan menjumpai set radio mudah alih yang digunakan oleh lelaki berkenaan untuk kegiatan terbabit.

"Kami turut merampas dua botol cecair dipercayai air ketum di atas sebuah peti ais.

Iklan

"Anggaran nilai rampasan radio mudah alih ialah RM900 manakala air ketum RM30," katanya pada Rabu.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Iklan

Beliau berkata, suspek dan barangan rampasan diserahkan ke Kompeni Taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.