Lelaki ditahan bersama barangan runcit, beras Siam

Iklan
Seorang lelaki yang mengambil upah sebagai penghantar barangan runcit serta beras seludup dari Thailand ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah di Rantau Panjang pada Selasa.

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki yang mengambil upah sebagai penghantar barangan runcit serta beras seludup dari Thailand ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah di sini pada Selasa.

Suspek yang berusia 51 tahun memandu van jenis Nissan Vanette dalam keadaan mencurigakan semasa melalui SJR pada jam 10.30 malam.

Iklan
Iklan
Suspek yang berusia 51 tahun memandu van jenis Nissan Vanette dalam keadaan mencurigakan semasa melalui SJR pada jam 10.30 malam

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit telah menemui 53 kotak barangan runcit dan 690 kilogram (kg) beras yang dipercayai diseludup dari Thailand.

"Barangan runcit bernilai RM5,000 manakala beras RM2,768 itu dibawa masuk ke sini tanpa dokumen yang sah.

Iklan

"Anggaran keseluruhan rampasan ialah RM22,768 dan kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983 dan Sek 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994," katanya pada Rabu.

Menurut beliau, suspek dan barangan rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.