'YB Gengster' akan bertanding pemilihan Bersatu

Iklan
Norhizam mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hang Tuah Jaya.

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu yang dikenali sebagai 'YB Gengster' membuat kemunculannya semula dalam dunia politik selepas mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hang Tuah Jaya.

Datuk Norhizam Hassan Baktee yang juga dilabel sebagai 'YB Beliau' berkata, bagaimanapun beliau masih mengunci mulut jawatan yang akan beliau bertanding dalam pemilihan itu kecuali jawatan Ketua Bahagian yang tiada pemilihan pada kali ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana semangatnya berkobar-kobar untuk membela nasib bangsa Melayu tidak pernah luput dari ingatan dan kerana itu selepas meninggalkan DAP beliau kemudian menyertai Bersatu.

Katanya, sekali gus yakin akan memeriahkan dan merancakkan suasana politik di negeri ini yang dianggap telah suram tanpa kehadirannya.

Iklan

"Sekarang ini siapa yang boleh bela nasib orang Melayu, bangsa Melayu parti mana? Parti itulah kita pergi.

"Kita semangat Melayu tentu ada, sebab itu keluar DAP, kita bebas dah bebas baru kita masuk parti (Bersatu) jangan orang kata kita lompat, tiada istilah lompat," katanya ketika ditemui di Baitul Tariq, Klebang, di sini, pada malam Selasa.

Norhizam ketika ditemui pemberita di Baitul Tariq, Klebang, di sini, pada malam Selasa.

Iklan

Tambah beliau, masih merahsiakan tarikh beliau menyertai parti berkenaan yang disifatkan secara 'sorok-sorok.'

"Bila jadi ahli itu sorok-sorok, tak boleh beritahu tunggulah 2 November ini insya- ALLAH ok," katanya lagi.

Beliau yang sebelum ini merupakan ahli UMNO, meninggalkan parti itu untuk menyertai DAP pada 2006 hingga berjaya memenangi kerusi DUN Pengkalan Batu pada 2018 di bawah tiket DAP.

Selepas rampasan kuasa politik Langkah Sheraton pada 2020, dia keluar dari DAP untuk menjadi ADUN Bebas bagi menyokong kerajaan negeri BN dan PN.

Pada Oktober 2021, Norhizam menyertai tindakan bekas Ketua Menteri UMNO Melaka, Idris Haron untuk menarik balik sokongannya terhadap kerajaan ketika itu yang dipimpin oleh Sulaiman Md Ali dari UMNO sehingga berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dia kemudian bertanding sebagai calon bebas namun gagal mempertahankan kerusi itu dengan sekadar meraih 1,218 undi.