[VIDEO] CEO GISBH, isteri, anak 'Abuya' dan 19 individu didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang

Iklan

SELAYANG - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi dan 19 individu lain didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.

Nasiruddin dan Azura yang memakai jubah sementara Mohammad Adib berbaju T hitam, bersama 19 tertuduh lain, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Lailatul Zuraida Harron @ Harun.

Iklan
Iklan

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

CEO GISBH, isteri, anak Abuya dan 19 individu lain didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu di Mahkamah Sesyen pada Rabu

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang di sini pada Oktober 2020 hingga 11 September lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Iklan
Sebahagian daripada 22 individu yang akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Pada 10 Oktober lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin memaklumkan pemimpin tertinggi GISBH itu antara 58 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Selain itu, sebanyak 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

AKAN MENYUSUL