Harimau Muda B-16 sudah sedia mengaum

Iklan
Skuad Harimau Muda B-16 yang menggalas cabaran negara pada Kelayakan Piala Asia B-17 2025.

SKUAD bola sepak Bawah 16 Tahun (B-16) negara sudah bersedia menyingkap cabaran Kelayakan Piala Asia B-17 2025, berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Lao KM16, Vientiane, Laos pada Rabu.

Malah jelas pengendali skuad negara, Javier Jorda Ribera, matlamat utama pasukan Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan H adalah untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2025.

Iklan
Iklan

"Pertama, kami datang ke sini adalah untuk bersaing dengan dua pasukan lain, UAE dan Laos, biarpun Lubnan tidak menyertai saingan kelayakan, dengan matlamat kita ialah layak ke Piala Asia B-17 2025.

"Bagi tujuan itu, kami melakukan persiapan rapi agar pemain-pemain lebih bersedia bersaing di pentas Asia. Pasukan ini dibentuk lima bulan lalu bagi Kejuaraan ASEAN B-16 2024. Dan daripada sejak itu kami mengorak langkah dengan membuat beberapa panggilan untuk skuad kebangsaan.

Iklan

"Dan sejak tiga minggu lalu, kami sudah lakukan persiapan di Malaysia dengan mengharungi beberapa perlawanan persahabatan tertutup. Itu pendekatan pasukan sebelum ke sini dan saya percaya pasukan sudah bersedia mengharungi kempen kelayakan ini,” katanya.

Sebagai rekod, skuad negara diundi bersama UAE, Lubnan dan tuan rumah Laos dalam Kumpulan H, sebelum Lubnan kemudiannya menarik diri dengan hanya 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik mara ke pusingan akhir di Arab Saudi pada tahun depan.

Iklan

Sementara itu, kapten Harimau Muda B-16, Aisy Aqasha Noorazhar menegaskan dia dan pemain lain teruja untuk memulakan kempen kelayakan berkenaan.

"Kami akan memberi fokus satu perlawanan ke satu perlawanan dengan komitmen 100 peratus untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2025,” katanya.


INFO

Kelayakan Piala Asia B-17 2025

23 OKTOBER

Malaysia lwn Emiriah Arab Bersatu, 8 malam

27 OKTOBER

Malaysia lwn Laos, 8 malam