Ibu tak sempat berpantang demi bayi di NICU

Iklan
Siti Norhasirah tidak sempat berpantang kerana perlu menjaga bayinya yang berusia 28 hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai selepas mengalami masalah saluran oksigen tertukar.

KUALA KRAI - Seorang ibu yang baharu melahirkan anak tidak sempat berpantang kerana perlu menjaga bayinya yang berusia 28 hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sultan Ismail Petra, di sini selepas mengalami masalah saluran oksigen tertukar.

Siti Norhasirah Ya, 30, berkata, dia juga perlu manahan rasa keinginan untuk memeluk cium anak keduanya itu kerana sejak dilahirkan sehingga sekarang bayi tersebut ditahan di wad kerana terpaksa bergantung kepada bantuan oksigen.

Iklan
Iklan
Bayi Siti Norhasirah yang berusia 28 hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai selepas mengalami masalah saluran oksigen tertukar.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia hanya mampu melihat Wan Nur Adyrah Humairah Wan Badrul Hisham tetapi tidak dapat menyentuhnya lagi.

"Runtun hati saya melihat anak yang dikandung sembilan bulan tetapi bila dilahirkan dia sakit begini.

Iklan

"Semasa dalam kandungan bayi tiada masalah apa-apa tetapi sebaik sahaja dilahirkan badannya kebiruan disebabkan oksigen tidak cukup. Pada usia sehari bayi dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk pembedahan membuka saluran oksigen," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Siti Norhasirah memberitahu, ujian yang menimpanya itu menyebabkan dia terpaksa melupakan amalan berpantang dan hanya mampu berdoa agar badannya sentiasa sihat demi menjaga bayi yang sakit.

Iklan
Siti Norhasirah bersama suami, Wan Badrul Hisham Wan Zainal, 31, dan anak sulung mereka, Wan Nur Adyrah Huwaina, 3.

Ujarnya yang merupakan suri rumah, walaupun tidak menjalani pantang dia tetap gagahkan diri bagi memastikan susu badan mengcukupi untuk bayi.

Dia memberitahu, sehingga kini keadaan bayi masih tidak baik dan sedang menunggu tarikh untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

"Setakat ini saya dimaklumkan perlu menyediakan sejumlah wang bagi membiayai pembedahan.

"Memikirkan perkara itu, kami sedikit buntu kerana suami hanya bekerja sebagai pemandu lori dan anak sulung yang berusia tiga tahun terpaksa dijaga oleh keluarga mentua di Pahang," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Maybank Siti Norhasirah Ya di 1530-4795-0237.