Sultan Nazrin berkenan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267

Iklan
Sultan Nazrin Shah (empat dari kiri) berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara, hari ini. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-267 di Istana Negara hari ini.

Berangkat sama pada mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Iklan
Iklan

Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Turut berangkat ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Iklan

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat MRR ke-267 di Istana Negara.

Iklan

Kali terakhir mesyuarat MRR diadakan adalah pada 17 Julai lepas selama dua hari yang dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz. - Bernama