SOJC 2024: Young Tigers 'hilang punca' selepas mendahului perlawanan

Iklan
Pemain Malaysia meraikan gol kedua ketika menentang India pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya malam tadi - Foto: Bernama

SKUAD hoki remaja negara"seolah-olah hilang punca" selepas mendahului 2-0 menentang India sebelum kecundang 4-2 dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya di sini malam tadi.

Ketua Jurulatih I Vikneswaran berkata, meskipun skuad kendaliannya bermain seperti dirancang sehingga mendahului di awal permainan namun selepas itu Young Tigers tenggelam punca sehingga ditewaskan anak didik PR Sreejesh.

Iklan
Iklan

Skuad India menjaringkan empat gol untuk kekal di tangga teratas saingan SOJC dengan mengumpul sembilan mata.

"Saya akui perlawanan menentang Jepun sebelum ini mengecewakan ... kami terima kekalahan itu ... meskipun hakikatnya sukar untuk menerimanya.

Iklan

"Kita nak pastikan perkara itu tidak berulang namun mereka tiba-tiba tenggelam punca dan kita membenarkan India mengejar dan meraih dua gol.

"Tetapi saya akui pemain sudah bermain mengikut perancangan... mereka perlu terus bangkit. Kami tidak gentar dengan mana-mana pasukan cuma perlu beraksi dan lakukan dengan lebih baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan antara Malaysia menentang India.

Iklan
Pemain Malaysia, Nur Aqilrullah Che (kiri) cuba melepasi pemain India, Talem Priyobarta (kanan) pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya malam tadi - Foto: Bernama

Mengulas mengenai perlawanan menentang Great Britain malam ini, beliau menegaskan anak didiknya sudah bersedia meskipun ‘yakin’ pasukan itu bakal bermain dengan cara menganggu emosi Young Tigers.

Beliau berkata setiap perlawanan dalam kejohanan ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk Piala Remaja Asia hujung tahun ini.

Malam ini, Malaysia akan berdepan Great Britain dan Australia bertemu India manakala New Zealand akan melawan Jepun pada Jumaat dalam kejohanan bawah 21 tahun itu yang berlangsung hingga 26 Oktober. - Bernama