Diugut dengan parang lepas minta jiran alih kenderaan

Iklan
Mangsa diugut menggunakan parang hanya kerana meminta jiran mengalihkan kenderaan. Gambar hiasan. Gambar kecil: Wan Azharudin

SUNGAI PETANI - Hanya kerana meminta jiran mengalihkan kenderaan, seorang warga emas di Taman Meriah di sini diugut menggunakan parang dalam kejadian pada Selasa.

Difahamkan, permintaan itu dibuat bagi memberi laluan kepada lori sampah yang membuat kutipan di perumahan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, semasa kejadian, mangsa berusia 63 tahun pergi ke rumah suspek yang terletak berhadapan rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, tujuan mangsa berbuat demikian kerana mahu meminta suspek mengubah dua kenderaan yang menghalang laluan lori sampah.

Iklan

"Secara tiba-tiba beberapa suspek keluar membuat bising, seorang daripadanya mengeluarkan parang dan melibas ke arah mangsa serta jiran lain sambil mengugut dengan kata-kata"tengoklah apa akan terjadi"

"Suspek juga membaling kasut dan terkena pada mangsa," katanya.

Iklan

Disebabkan bimbang dengan tindakan suspek, mangsa dan penduduk perumahan itu terus melarikan diri.

Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian atas dasar keselamatan.

Wan Azharudin berkata, siasatan dijalankan mendapati mangsa dan penduduk lain telah menetap di taman berkenaan sejak 30 tahun lalu namun suspek dikatakan baharu menyewa sejak tiga bulan lalu.

"Dua suspek berusia 35 dan 43 tahun dikesan positif dadah telah ditahan bersama barangan rampasan.

"Kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.