KLANG - Sebuah stor menyimpan aksesori kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Pandamaran pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 12.35 tengah hari.
Iklan
Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran sebuah stor di Kampung Baru Pandamaran, pada Rabu.
"Seramai 11 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Operasi pemadaman api turut dibantu anggota dan pegawai dari BBP Klang Utara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran melibatkan sebuah stor jenis Kelas B.
"Stor berkenaan musnah 90 peratus. Kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa, punca kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.
Iklan