AGM Glomac lulus dividen 1.25 sen

Iklan
FD Iskandar

PEMEGANG saham Glomac Berhad (AGM) meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.25 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk Seri FD Iskandar berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Glomac ke-40 yang berlangsung pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini diterjemahkan kepada hasil dividen kira-kira 3.1 peratus berdasarkan harga penutupan 40 sen pada 30 April 2024.

"Pada tahun kewangan 2024, kumpulan mencatatkan hasil kumpulan sebanyak RM267.6 juta.

Iklan

"Ini disumbangkan oleh kemajuan pembinaan di pembangunan perbandaran Saujana KLIA, Bandar Saujana Utama dan Saujana Perdana selain Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences merupakan dua pembangunan kediaman bertingkat tinggi di Petaling Jaya.

"Keuntungan sebelum cukai mencapai RM32.9 juta, dan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat ialah RM23.6 juta," katanya pada sidang akhbar di Menara Glomac di sini.

Iklan

FD Iskandar pada sidang akhbar AGM Glomac 2024.

Ujarnya, Glomac mencapai jualan baharu lebih kukuh pada 2024 meningkat 19 peratus kepada RM360 juta berbanding RM302 juta tahun lalu didorong kejayaan perbandaran kediaman di Lakeside Residences, Saujana Perdana, serta 121 Residences dan Plaza@Kelana Jaya.

Katanya, melangkah ke hadapan Glomac bersedia memacu jualan hartanah dengan rangkaian produk baharu hartanah kediaman dan komersial bernilai RM460 juta bagi tahun kewangan 2025.

"Ia menampilkan fasa baharu rumah dua tingkat dalam pembangunan perbandaran Glomac di Serai@SBR, Saujana KLIA dan Saujana Jaya di Kulai, Johor.

"Projek ini telah dilancarkan pada akhir Ogos 2024 dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM66 juta selain menyaksikan permintaan dan pendaftaraan yang kukuh," katanya.