Subsidi penerbangan luar bandar di Sabah, Sarawak kekal

Iklan
ANTHONY LOKE

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan terus mengekalkan subsidi penerbangan luar bandar di Sarawak dan Sabah walaupun syarikat penerbangan MASwings diambil alih oleh kerajaan Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementerian menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Sarawak supaya subsidi penerbangan luar bandar akan tetap disalurkan.

Iklan
Iklan

"Subsidi pengangkutan luar bandar akan tetap diteruskan sekali pun kerajaan Sarawak ambil alih MASwings, kita tetap akan bagi subsidi untuk penerbangan luar bandar, kerana kita ada MoU dengan Sarawak.

"Tak kira siapa operator. Sebelum ini MASwings, sudah tentu subsidi disalurkan kepada MASwings, namun sekiranya selesai nanti kerajaan Sarawak melalui syarikat mereka mengambil alih MASwings, subsidi akan tetap disalurkan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Pelabuhan dan Logistik ASEAN, di sini, pada Rabu.

Pada Selasa, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan menyuarakan keimbangan mengenai kemungkinan subsidi pengangkutan luar bandar ditamatkan sekiranya MASwings diambil alih kerajaan Sarawak.

Iklan

Mohd Shafie yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu dilaporkan bimbang jika subsidi berkenaan tidak diteruskan kos penerbangan intra Sabah akan meningkat.

Pada 11 Oktober lalu, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan yakin proses pengambilalihan syarikat penerbangan, MASwings oleh kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Premier Sarawak itu dilaporkan berkata, kerajaan Sarawak kini dalam peringkat rundingan lanjutan dengan beberapa pihak berkepentingan.

Ia membabitkan Malaysian Aviation Group (MAG), Khazanah Nasional Bhd dan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAB).