Malaysia Airlines, StudentUniverse jalin kerjasama, mudahkan perjalanan pelajar

Iklan
Malaysia Airlines umumkan kerjasama strategik baharu dengan StudentUniverse. Gambar kecil: Dersenish Aresandiran

MALAYSIA Airlines mengumumkan kerjasama strategik baharu dengan StudentUniverse, platform perjalanan pelajar terbesar dan terkemuka dunia yang bertujuan menyediakan pilihan perjalanan mampu milik bagi pelajar serta pengembara muda.

Kerjasama berkenaan akan menawarkan manfaat eksklusif dan pakej perjalanan yang disesuaikan sekali gus menjadikannya antara yang terbaik dalam industri untuk pelajar.

Iklan
Iklan

Dengan menggabungkan kekuatan kedua-dua syarikat, kerjasama itu akan mempromosikan pertukaran budaya dan penjelajahan sambil memperkukuhkan komitmen Malaysia Airlines untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses serta berkesan bagi generasi pengembara global akan datang.

Melalui inisiatif tersebut, pelajar berumur 13 hingga 26 tahun yang sedang mengikuti pendidikan sepenuh masa boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk tambang kelas Perniagaan dan Ekonomi Malaysia Airlines (tidak termasuk kelas tambang tertentu), serta tambahan 10 kilogram had bagasi.

Iklan

Tambang eksklusif itu boleh didapati melalui platform StudentUniverse, menawarkan pilihan yang mudah untuk pelajar seterusnya memastikan mereka menerima perkhidmatan berkualiti tinggi yang terkenal dari Malaysia Airlines.

Untuk mengakses diskaun eksklusif ini, pelajar hanya perlu mendaftar di laman web atau aplikasi StudentUniverse dan memberikan bukti status pelajar mereka.

Iklan

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran berkata, kerjasama dengan StudentUniverse selaras dengan misi pihaknya untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang luar biasa kepada semua penumpang mereka termasuk pengembara muda.

"Dengan memenuhi keperluan pasaran ini, kami bukan sahaja menyediakan pilihan perjalanan yang lebih mudah diakses, tetapi kami juga berharap dapat memberi inspirasi kepada generasi warganegara global yang akan menghubungkan budaya yang berbeza dan memperluas wawasan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Naib Presiden Pengangkutan Udara Global Pelajar dan Belia StudentUniverse, Smirza Smajic menjelaskan, kolaborasi dengan Malaysia Airlines merupakan langkah menarik bagi StudentUniverse ketika pihaknya berusaha meningkatkan tawaran dan memberikan lebih banyak nilai kepada pelajar yang mengembara.

"Reputasi Malaysia Airlines yang cemerlang selaras dengan misi kami untuk menjadikan perjalanan mampu milik, mudah diakses dan tidak dapat dilupakan pelajar.

"Bersama-sama, kami akan menawarkan tawaran penerbangan eksklusif dan pakej promosi yang mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform perjalanan pilihan untuk pengembara muda," ujarnya.

Kerjasama terbabit juga menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperluas peluang perjalanan untuk pelajar dan pengembara muda di seluruh dunia.