779 kes kemalangan maut libatkan pelajar sekolah

Iklan
Mohd Yusri berucap pada program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di SMK Anderson di Ipoh.

IPOH - Kadar kemalangan maut melibatkan pelajar sekolah mencatatkan sebanyak 779 kes dalam tempoh sembilan bulan tahun ini di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah itu melibatkan 20 peratus daripada 4043 kes kemalangan jalan raya yang telah dicatatkan sehingga September lalu.

Iklan
Iklan

"Angka ini bukan sekadar statistik tetapi ia mencerminkan kehilangan yang amat menyayat hati bagi keluarga dan komuniti sekeliling.

"Jadi kita mengadakan operasi khas kemalangan jalan raya dengan menumpukan kepada kenderaan motosikal yang telah menyumbang kemalangan jalan raya yang paling dan kumpulan maut yang paling tinggi berbanding kenderaan lain," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini pada Rabu.

Mohd Yusri (tengah) beramah mesra dengan pelajar pada program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di SMK Anderson, Ipoh.

Tambah beliau, seramai 498 pelajar berusia 17 tahun ke bawah dicatatkan terlibat dalam kegiatan samseng jalanan.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusri berkata, pelaksanaan Op Khas Motosikal yang dilaksanakan selama sebulan sejak 12 September lalu berjaya menurunkan kadar kemalangan maut.

Mohd Yusri (tiga dari kanan) bersalaman dengan pegawai-pegawai sebaik tiba di SMK Anderson, Ipoh.

"Jumlah kemalangan merekodkan 2,461 kes telah menurun 274 kes berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 2,735 kes.

"Daripada jumlah itu, dengan 321 kemalangan maut dicatatkan berbanding 434 kes tahun 2023. Jumlah kematian melibatkan penunggang dan pembonceng juga menurun kepada 324 kes berbanding 436 kematian tahun tahun lalu," katanya.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, jalan bandaran menyumbang peratusan tertinggi iaitu 843 kes diikuti jalan negeri (756 kes), jalan persekutuan (305 kes), lebuh raya (202 kes) dan lain -lain jalan mencatatkan 355 kes.

"Dengan kejayaan pengurangan kes kemalangan jalan raya itu, kita akan meneruskan operasi khas ini untuk fasa kedua.

"Kini kita menumpukan kepada operasi samseng jalan raya, ops mabuk dan juga operasi bersepadu bersama agensi-agensi yang lain," katanya.