Tujuh wanita mangsa eksploitasi seks 'kapten Bangladesh' diselamatkan

Iklan
7 wanita warga Vietnam yang dipaksa sebagai pekerja seks diselamatkan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sebuah rumah kedai di sini, pada Isnin. (Gambar kecil: Antara wanita yang dipukul dan dikurung.)

KLANG - [DIKEMAS KINI] Tujuh wanita warga Vietnam yang dipaksa sebagai pekerja seks diselamatkan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sebuah rumah kedai di sini, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan JIM, kesemua wanita berusia 32 hingga 45 tahun itu diselamatkan dalam operasi yang bermula pada jam 11.23 malam.

"Berdasarkan maklumat aduan, tujuh wanita itu dilaporkan telah dikurung di premis tersebut dan dipukul jika enggan melayani pelanggan," katanya.

Iklan

Menurutnya, kesemua wanita itu masuk sebagai pelancong tetapi dipaksa dan dieksploitasi sebagai pekerja seks di premis tersebut.

"Premis itu dikawal ketat oleh 'kapten' warga Bangladesh dengan dipantau sepanjang masa melalui kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, ketika pemeriksaan, anggota operasi terpaksa memecahkan pintu utama kerana penjaga premis atau 'kapten' enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat dua bangunan.

Antara wanita yang diselamatkan.

"Walau bagaimanapun dia berjaya ditahan. Berdasarkan temu bual, kesemua pasport wanita itu dipegang oleh individu dipercayai ejen yang menawarkan pekerjaan kepada mereka.

"Mereka hanya dibayar RM60 bagi setiap pelanggan dan pergerakan dikawal ketat, termasuk larangan keluar untuk membeli makanan dan barang keperluan," katanya.

Operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenalpasti mangsa pemerdagangan orang (eksploitasi seks) dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

Menurutnya, JIM telah memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670].