Buaya tembaga 80kg dalam kebun getah

Iklan
Seramai lapan anggota Perhilitan Terengganu menangkap seekor buaya tembaga seberat 80 kilogram dalam operasi di Kampung Padang Buluh, Besut pada malam Selasa.

BESUT - Seekor buaya tembaga sesat yang ditemui berkeliaran dalam kawasan kebun getah dekat Kampung Padang Buluh, di sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, buaya seberat 80 kilogram (kg) dengan panjang 2.7 meter itu berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota Perhilitan pada malam Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi itu dijalankan selepas menerima laporan berhubung penemuan spesies reptilia tersebut oleh penduduk kampung.

"Kita menerima panggilan berhubung penemuan buaya itu kira-kira jam 10 malam oleh penduduk kampung dan menggerakkan lapan anggota Perhilitan ke lokasi berkenaan.

Iklan

"Buaya tembaga yang berjaya ditangkap itu telah dilepaskan ke habitat asalnya tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Seekor buaya tembaga yang tersesat dalam kebun getah berjaya dilepaskan ke habitat selamat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya percaya buaya tersebut datang dari sebuah tasik berdekatan.

Iklan

Katanya, ia dipercayai tersesat di kawasan kebun getah di kampung tersebut dan dikhuatiri akan bertindak agresif serta menyerang sesiapa sahaja jika berada dalam kelaparan.

"Orang ramai diminta segera melaporkan kepada pihak Perhilitan jika mendapati terdapat hidupan liar di kawasan mereka.

"Masyarakat juga tidak disarankan bertindak memuat naik sebarang video atau gambar haiwan berkenaan di media sosial kerana kita bimbang ia akan memberi ancaman kepada hidupan terbabit.

"Selain itu, secara tidak langsung ia juga boleh menarik perhatian pemburu haram," ujarnya.