SkyWorld menang besar di QUEST 2024

Iklan
Chee Seng, (empat dari kiri) menerima Anugerah pada acara QUEST 2024, yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

SKYWORLD telah diberi penghormatan dengan pelbagai anugerah pada acara QUEST 2024, yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Menerusi acara tersebut, SkyWorld menerima Anugerah Utama melalui projek SkyWorld's The Valley, SkySierra di Setiawangsa, Kuala Lumpur Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, projek itu diiktiraf kecemerlangan dalam Pengurangan Karbon Malaysia dan Kelestarian Alam Sekitar Alat (MyCREST), Keselamatan dan Sistem Penilaian Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC).

Iklan
Iklan

Ia secara tidak langsung mengukuhkan kedudukannya sebagai contoh utama pembangunan mampan serta dipacu kualiti.

Menurutnya, projek SkyBlox telah dianugerahkan penarafan QLASSIC sebanyak 86 peratus manakala, SkyAwani 5 Residence dan SkyVogue juga diiktiraf atas prestasi cemerlang dalam SHASSIC serta memperoleh penarafan lima bintang.

Iklan
Chee Seng (tengah) bersama pasukan SkyWorld.

"Kami amat berterima kasih kepada pasukan dan rakan perniagaan kami yang telah bekerja tanpa jemu untuk menegakkan piawaian kualiti dan perancangan yang teliti. Anugerah ini adalah bukti kerja keras, kerjasama semua pihak.

"Saya berharap dapat meneruskan perjalanan ini bersama-sama mewujudkan kelestarian dan ruang kediaman bandar berkualiti tinggi untuk komuniti kita,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, menurut Chee Seng, The Valley merupakan pembangunan kediaman yang tenang di perbandaran SkySierra di Setiawangsa iaitu dengan menggabungkan seni bina kontemporari dan kesuburan kawasan hijau.

Jelasnya, projek itu turut menawarkan empat reka bentuk rumah iaitu antara 800 hingga 1,318 kaki persegi bagi memenuhi keperluan keluarga dan individu selain menyediakan akses kemudahan rekreasi, taman serta kedai runcit.

"Ia menjadikannya pilihan ideal untuk kehidupan bandar yang seimbang,” ujarnya.

Sementara itu, Chee Seng berkata, bagi projek SkyBlox yang diilhamkan oleh inovasi kontena selain menekankan kelestarian dan kehidupan bermasyarakat.

Tambah beliau,ia mempunyai ciri bentuk dan daya tarikan estetik selain terdapat kawasan hijau serta taman komunal bagi memupuk interaksi bersama kawasan kejiranan.

"Projek ini diiktiraf Anugerah Warna Kreatif 2024 dan selain tersenarai sebagai finalis untuk Anugerah UIA 2030.Ia turut mempamerkan usaha SkyBlox untuk mencipta persekitaran yang mampan dan menarik secara visual,” ulasnya.

Mengulas lanjut, menurut Chee Seng, SkyAwani 5 Residences di Sentul adalah tambahan terbaru kepada siri SkyAwani yang sebelum ini mencapai penarafan QLASSIC 84 peratus selain mendapat markah tertinggi dalam kalangan pembangunan rumah mampu milik.

Dalam pada itu, SkyVogue ialah rekaan pembangunan kediaman untuk meningkatkan kehidupan bandar dengan seni bina moden dan kemudahan yang mewah.

Selain itu, projek SkyVogue di Taman Desa juga turut menawarkan pemandangan menakjubkan dan akses mudah bagi mengimbangi keselesaan selain ia direka dengan kemasan berkualiti serta susun atur inovatif kontemporari bagi memenuhi keperluan.

"Pencapaian SkyAwani 5 Residences menunjukkan misi SkyWorld bukan hanya untuk mencipta rumah mampu milik tetapi juga memenuhi piawaian pembinaan berkualiti, selamat dan mampan.

"Penduduk SkyVogue boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuk kemudahan rekreasi, taman berlandskap dan ruang sosial bagi memupuk komuniti yang kuat selain kemampanan serta kualiti kehidupan di bandar,” katanya.