KPDN serbu stor haram simpan diesel tanpa permit

Iklan
Kamalludin memeriksa lori tangki yang dirampas dalam kegiatan penyelewengan diesel di sebuah stor haram di Kampung Melayu Jenderata, Hutan Melintang pada Selasa. Foto Ihsan KPDN Perak

BAGAN DATUK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel selepas menahan dua lelaki di sebuah stor haram di Kampung Melayu Jenderata, Hutan Melintang pada Selasa.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan dilakukan KPDN Cawangan Teluk Intan itu turut merampas merampas 5,550 liter bahan api yang disimpan tanpa permit.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan risikan, kita telah berjaya mengesan sebuah lori tangki memasuki premis berkenaan yang disyaki tempat untuk memindahkan cecair disyaki diesel ke dalam tangki skid di premis tersebut.

"Bertindak atas maklumat itu, serbuan dijalankan dan menahan dua lelaki warga tempatan iaitu pemandu lori dan pemilik premis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Menurut Kamalludin, pemeriksaan dilakukan pasukan serbuan telah menjumpai 50 liter cecair disyaki minyak diesel di dalam sebuah tong dan 5,500 liter lagi cecair di dalam sebuah tangki skid.

Katanya, pemilik berusia 53 tahun didapati gagal mengemukakan surat kebenaran lesen mahupun permit menyimpan barang kawalan apabila diminta.

Iklan

"Tangki skid dan tong berisi cecair disyaki minyak diesel, pam minyak, sebuah pacuan empat roda dan lori tangki dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM280,539 telah disita.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual minyak diesel tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan," ujarnya.