Harga runcit RON95, RON97, diesel kekal

Iklan
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 dan diesel kekal bagi tempoh 24 hingga 30 Oktober ini.

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.19 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter untuk tempoh berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya pada Rabu.

Iklan
Iklan