Tupperware setuju jual perniagaan selepas diisytihar bankrap

Iklan
Syarikat Tupperware sebelum itu berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit. Agensi

NEW YORK - Syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular, Tupperware Brands (Tupperware) bersetuju untuk menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman dengan harga AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai dan lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk 'diskaun hutang'.

Ia susulan pengisytiharan bankrap syarikat berkenaan pada Selasa, lapor Reuters.

Iklan
Iklan

Penjualan itu sekali gus membatalkan rancangan syarikat itu untuk melelong asetnya secara terbuka.

Tupperware mengumumkan perjanjian terbabit sewaktu sesi pendengaran mahkamah kebankrapan di Wilmington, Delaware.

Iklan

Hakim kebankrapan Amerika Syarikat (AS), Brendan Shannon berkata, beliau akan segera menjadualkan sesi pendengaran mahkamah berasingan untuk mempertimbang kelulusan penjualan aset syarikat terbabit.

Tupperware syarikat yang berpangkalan di Orlando, Florida, memfailkan perlindungan kebankrapan bulan lalu, dengan tanggungan hutang sebanyak AS$818 juta dan mengemukakan rancangannya untuk mencari pembeli dalam tempoh 30 hari.

Iklan

Sebelum itu, syarikat Tupperware pada September lalu memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS.

Syarikat yang berpangkalan di Orlando dan diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper pernah menjadi simbol kemakmuran selepas Perang Dunia Kedua, terkenal dengan mangkuk dan bekas dapurnya yang inovatif.

Namun, Tupperware saban hari berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman berkata, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat terjejas teruk akibat persekitaran ekonomi global. - Agensi