Calon pemimpin baharu Hizbullah disahkan terbunuh

Iklan
Israel dakwa Hashem Safieddine (tengah) terbunuh dalam serangan tiga minggu lalu di pinggir selatan Beirut. Foto AFP

TEL AVIV - Tentera Israel mengesahkan bahawa calon pemimpin baharu Hizbullah, Hashem Safieddine terbunuh dalam serangan pihak mereka tiga minggu lalu di pinggir selatan Beirut, Lubnan.

Ini adalah pengesahan pertama kematian Safieddine selepas awal bulan ini Israel menyatakan kemungkinan Safieddine sudah terbunuh dalam serangan udara itu.

Iklan
Iklan

Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada Hizbullah berhubung kenyataan Israel bahawa mereka telah membunuh Safieddine.

Israel telah meningkatkan serangan di Lubnan selepas setahun pertempuran di sempadan dengan Hizbullah.

Iklan

Safieddine saudara kepada Nasrallah dilantik ke Majlis Jihad iaitu badan yang bertanggungjawab ke atas operasi ketenteraan Hizbullah, dan juga kepada majlis eksekutif yang menguruskan hal kewangan dan pentadbiran kumpulan itu.

Safieddine memainkan peranan utama mewakili Hizbullah sepanjang tahun terakhir permusuhan dengan Israel, menghadiri pengebumian dan acara lain yang Nasrallah tidak dapat hadir atas sebab keselamatan.

Iklan

Israel setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza dan Lubnan, meskipun sudah membunuh beberapa pemimpin Hamas dan Hizbullah termasuk Nasrallah dalam serangan udara pada 27 September. - Agensi