Ringgit terus ditutup rendah susulan ketidakpastian pilihan raya presiden AS

Iklan
Pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3490/3535 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3255/3305 pada Khamis. Foto hiasan

RINGGIT terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila ketidakpastian berhubung keputusan pilihan raya presiden AS pada 5 November depan telah menjejaskan mata wang tempatan.

Pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3490/3535 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3255/3305 pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, calon Republikan AS, Donald Trump dilihat sebagai lebih cenderung kepada perlindungan perdagangan, dengan pendekatan dasar yang merangkumi langkah pengembangan fiskal yang sangat tinggi.

Beliau berkata, sekiranya dasar ini dilaksanakan, ia boleh mengganggu ekonomi global dan membawa kepada tekanan inflasi, yang berpotensi mempengaruhi pendekatan dasar monetari Rizab Persekutuan AS ketika ini untuk menurunkan kadar faedah.

Iklan

"Akibatnya, peniaga dan pelabur beralih kepada dolar AS sebagai mata wang selamat,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Iklan

Unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.6887/6935 daripada 4.6785/6839 pada Selasa, turun berbanding pound Britain kepada 5.6433/6491 daripada 5.6097/6162 namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8484/8516 daripada 2.8668/8704.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan susut berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.52 daripada 7.47/7.49 pada Selasa, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2932/2969 daripada 3.2879/2919 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 278.2/278.7 daripada 277.8/278.3. Bagaimanapun ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8959/9149 daripada 12.9089/9300. - Bernama