Gaji bertaraf SPM, Cuepacs mohon gred pembantu tadbir ditingkatkan

Iklan
Adnan (tengah) ditemui elepas Majlis Sambutan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 di SMK Sultan Sulaiman di sini pada Rabu.

KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan untuk meningkatkan skim perkhidmatan pembantu tadbir yang mengalami keciciran gred dalam skim Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuatkuasa Disember.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, peningkatan itu adalah wajar berikutan gaji yang diberikan masih dikekalkan dalam kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan tugasan harian pembantu tadbir telah melangkaui beban skim yang sedia ada.

Iklan
Iklan

"Hampir 300,000 pembantu tadbir awam seluruh negara bakal kekal dalam gred 1 dalam SSPA dan terus menikmati gaji setaraf kelulusan SPM sedangkan rata-rata mereka berpendidikan lebih tinggi sehingga Ijazah Sarjana.

"Pembantu tadbir yang bergred 19 dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) telah lama tertinggal sedangkan skim-skim (penjawatan) lain yang setara atau lebih rendah semakin meningkat.

Iklan

"Jadi Cuepacs menuntut kerajaan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menaikkan skim penjawat awam kepada gred N5 bawah SSPA atau setara gred 29 dalam SSM sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Adnan berkata, skop tugas pembantu tabdir juga kini telah jauh berubah dan lebih meluas berbanding tangga gaji diterima.

"Pembantu tadbir adalah tunjang kepada perkhidmatan dan pentadbiran di seluruh jabatan dan agensi kerajaan. Mereka juga telah memainkan peranan yang terbaik di dalam organisasi malah turut terbeban dengan tugasan di sekolah dengan hanya ada satu jawatan tetapi menjalankan semua tugas.

"Ini termasuk tugas kewangan, pengurusan, pentadbiran, tigas-tugas untuk menentukan dalam bentuk bajet dan sebagainya sekali gus menyebabkan tugas mereka telah jauh berubah dari segi skop, fungsi dan tugas.

"Jadi kami berharap fasa berikutnya ialah bagaimana skim pembantu tadbir boleh ditingkatkan kepada gred yang lebih iaitu pertambahan kepada gred 29 di bawah SSM beserta gred N5 di bawah SSPA sebagaimana perbincangan kami dalam 'war room' bersama JPA," katanya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, skim pembantu tadbir sudah lama tertinggal berbanding skim-skim jawatan lain yang setara dengannya.

"Skim-skim yang setara dengannya juga telah jauh berubah. Banyak skim lain yang setara dengan pembantu tadbir telah meningkat kepada gred 29.

"Jadi kami rasa skim pembantu tadbir juga perlu dilihat semula dalam bentuk skop fungsi tugas yang telah ditingkatkan.

"Selain itu, penjawat sedia ada sebenarnya telah ada diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana serta memberi perkhidmatan dan kelayakan lebih tinggi tetapi gaji dibayar setaraf SPM," ujarnya.

Adnan berkata, pihaknya telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berbincang dengan JPA berhubung kenaikan gred skim pembantu tadbir berkenaan.