ACL2: Selangor cipta kejutan tumbangkan Jeonbuk

Iklan
Pemain Selangor FC Ali Olwan (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Juara-Juara 2 (ACL2), Selangor FC menentang Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi. Foto Bernama

SELANGOR FC melakar kejutan apabila berjaya menumbangkan kelab dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu.

Separuh masa pertama menyaksikan skuad Gergasi Merah lebih agresif mengasak kubu Jeonbuk dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi kapten, Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-30.

Iklan
Iklan

Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma Yohandry Orozco yang menemui Umarbek Eshmurodov sebelum dia menghantar kepada Harith untuk disudahkan dengan baik oleh pemain berusia 22 tahun itu.

Selangor terus garang apabila menambah gol dua minit berselang kali ini menerusi Ali Olwan yang cemerlang menyudahkan hantaran Noaa Laine.

Iklan

Bagaimanapun, Jeonbuk berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-40 menerusi tandukan Kwon Chang-hoon untuk menewaskan Muhammad Azim Al Amin di gawang gol Selangor.

Bersambung separuh masa kedua, Selangor hampir mendapat gol ketiga namun percubaan Nikola Jambor hanya menggegar palang gol Jeonbuk pada minit ke-49.

Iklan

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil itu meraih tiga mata berharga berdepan pasukan terkuat dalam saingan Kumpulan H.

Kemenangan itu meletakkan Selangor di kedudukan teratas kumpulan dengan tujuh mata dibezakan satu mata dengan Jeonbuk di kedudukan kedua.

Selepas ini, mereka akan sekali lagi akan berdepan Jeonbuk kali ini bermain di laman lawan pada 7 November depan.