Harimau Muda B-16 akur kehebatan UAE

Iklan
Pemain Harimau Muda B-16, Muhammad Naqif Firhad cuba melepasi pertahanan kental UAE, Suhail Alnourbi Alsuwaidi dalam perlawanan Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-17 2025 di Stadium Nasional Lao KM16, pada Rabu. Foto: FB FAM

SKUAD bola sepak Bawah 16 Tahun (B-16) negara menyingkap kempen Kelayakan Piala Asia B-17 langkah kiri apabila tewas 0-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Lao KM16, Vientiane, Laos pada Rabu.

Skuad Harimau Muda B-16 kendalian Javier Ribera bermula garang, namun The Young Whites terlebih dulu merobek gawang menerusi Mayed Adel Khamis menewaskan penjaga gol Johor Darul Ta'zim IV, Muhammad Naqqiudin Zamzuri pada minit kesembilan.

Iklan
Iklan

Young Whites kemudian melebarkan lagi jaringan kali ini menerusi Mohamed Buti Almarar yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-48 sekaligus tiga mata pertama untuk memimpin Kumpulan H.

Angkatan Ribera selepas ini akan berdepan tuan rumah Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan H pada Ahad ini.

Iklan

Sebagai rekod, skuad muda negara diundi bersama UAE dan tuan rumah Laos dalam Kumpulan H selepas penarikan diri Lubnan, dengan hanya 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik mara ke pusingan akhir di Arab Saudi pada tahun depan.

Kelayakan Piala Asia B-17 2025

Iklan

KEPUTUSAN

Malaysia 0-2 UAE

JADUAL

27 OKTOBER

Malaysia lwn Laos, 8 malam