Rempuh motosikal polis, penghantar makanan dan guru tadika ditahan

Iklan
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga asing kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah rumah kongsi di Bidor, semalam. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan dan guru tadika ditahan selepas bertindak merempuh serta menyeret motosikal anggota polis yang melakukan pemeriksaan ketika mereka sedang berdua-duaan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), di Jinjang di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian pada jam 11.45 malam itu, dua anggota polis sedang melakukan rondaan cegah jenayah di satu lorong yang gelap di kawasan itu sebelum terserempak dengan MPV jenis Toyota Velfire dalam keadaan enjin dihidupkan.

Iklan
Iklan

"Seorang daripada anggota berkenaan kemudian meletakkan motosikalnya di hadapan MPV itu dan menyuluh ke dalam sambil mengeluarkan kad kuasa polis.

"Bagaimanapun, suspek lelaki yang ketika itu berada di bahagian belakang kenderaan terus bergerak ke bahagian pemandu dan bertindak menekan minyak lalu melanggar motosikal anggota polis berkenaan dan menyeretnya sejauh 300 meter sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kedua-dua anggota polis itu yang sempat mengelak kemudian bertindak mengejar kenderaan tersebut yang dipandu ke arah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), namun suspek berjaya melarikan diri.

Ahmad Sukarno berkata, hasil maklumat yang diterima, kedua-dua suspek yang berusia 27 tahun berjaya ditahan di sekitar Batu Caves, Gombak dan Taman Melati, Setapak hari ini.

Iklan

Suspek lelaki direman tujuh hari bermula hari ini manakala suspek wanita direman hingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Bernama