Dasar penginapan 23 jam tidak sesuai dilaksanakan ketika musim cuti sekolah

Iklan
Kakitangan hotel juga memerlukan masa untuk mengemas bilik sebelum membenarkan pelanggan seterusnya mendaftar masuk. Gambar kecil: Nur Asyikin

SHAH ALAM - Dasar penginapan hotel 23 jam sehari mungkin tidak dapat dilaksanakan pada musim cuti sekolah atau perayaan di negara ini yang lazimnya mempunyai permintaan yang tinggi.

Bendahari Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, ini kerana kakitangan hotel juga memerlukan masa untuk mengemas bilik sebelum membenarkan pelanggan seterusnya mendaftar masuk.

Iklan
Iklan

Katanya, kekangan itu sudah pasti difahami oleh pelanggan kerana waktu itu orang ramai akan bercuti bersama keluarga dan mereka memerlukan penginapan untuk bermalam.

"Cuma saya rasa pihak hotel perlu maklumkan dengan jelas waktu untuk mendaftar masuk dan mendaftar keluar dalam polisi mereka terutama ketika musim orang ramai bercuti.

Iklan

"Ini supaya pelanggan boleh membuat pilihan dengan lebih bijak dan tiada isu timbul di kemudian hari,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Bagaimanapun menurutnya, dasar 23 jam ini boleh diguna pakai ketika hotel kurang permintaan seperti di luar musim cuti persekolahan dan perayaan.

Iklan

"Jadi saya kira 23 jam itu adalah memadai bagi pelanggan yang memilih untuk menginap di hotel di luar waktu puncak.

"Yang penting di sini, pihak pengurusan hotel perlu maklumkan dengan jelas waktu mendaftar masuk dan keluar supaya pengguna pun jelas dan mereka boleh buat pilihan mereka sendiri,” jelasnya.