Hukuman tahanan rumah lebih relevan

Iklan
Data terbaharu menunjukkan jumlah banduan di penjara seluruh negara kini mencecah 87,000 orang, lebih tinggi kapasiti tersedia di penjara. Foto hiasan

PENGGUBALAN undang-undang tahanan rumah merupakan satu langkah progresif dan relevan untuk menangani isu kesesakan di penjara yang kini semakin meruncing.

Data terbaharu menunjukkan jumlah banduan di penjara seluruh negara kini mencecah 87,000 orang, lebih tinggi kapasiti tersedia di penjara.

Iklan
Iklan

Oleh itu, cadangan hukuman tahanan rumah yang disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 boleh diberikan perhatian serius kerana model itu telah terbukti berkesan di beberapa negara Barat dan mampu menjadi satu alternatif kepada penahanan di penjara.

Pelaksanaan tahanan rumah bagi pesalah kecil menjimatkan kos operasi penjara yang tinggi.

Iklan

Setiap pesalah yang dihukum penjara memerlukan perbelanjaan besar untuk penyediaan makanan, tempat tinggal dan keselamatan.

Di Amerika Syarikat, satu kajian oleh Pew Charitable Trust menunjukkan kos menahan seorang banduan adalah jauh lebih tinggi berbanding pelaksanaan hukuman tahanan rumah.

Iklan

Di Malaysia, penurunan jumlah banduan akan membantu mengurangkan beban belanjawan negara bagi menguruskan penjara yang sesak.

Selain itu, pesalah yang berada di bawah tahanan rumah masih boleh menyumbang kepada ekonomi dengan bekerja dari rumah.

Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada individu terbabit, malah kepada keluarga mereka dan masyarakat secara keseluruhan.

Dalam kes ini, mereka tidak lagi menjadi tanggungan, tetapi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Tahanan rumah memberikan pesalah peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih stabil dan positif.

Di negara-negara Eropah seperti di Sweden, model community-based sentencing membolehkan pesalah kecil menjalani proses hukuman dalam persekitaran yang lebih inklusif, seperti melalui kerja komuniti atau pemulihan di rumah.

Kajian juga mendapati bahawa pesalah yang menjalani tahanan rumah mempunyai kadar pengulangan jenayah yang lebih rendah berbanding mereka yang dihantar ke penjara.

Satu kajian di Australia oleh Sentencing Advisory Council mendapati pesalah yang menjalani hukuman tahanan rumah cenderung menunjukkan pemulihan yang lebih baik.

Undang-undang tahanan rumah bukan sekadar memberikan alternatif kepada penjara, tetapi ia juga membuka jalan kepada model pemulihan yang lebih menyeluruh dan berkesan.