300 penduduk DUN Sungai Tua terima Box of Hope Air Selangor

Iklan
Amirudin mengagihkan sumbangan kepada penerima.

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagihkan sumbangan bekalan makanan asas kepada 300 penduduk komuniti DUN Sungai Tua, Batu Caves, Selangor sempena ulang tahunnya yang kelima.

Sumbangan itu diserahkan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Box of Hope yang berlangsung di Dewan Rakyat Batu Caves, Selangor.

Iklan
Iklan

Antara barangan yang diterima oleh penduduk di kawasan tersebut ialah beras, minyak masak, gula, barangan kering, tepung dan makanan asas lain.

Anak-anak komuniti DUN Sungai Tua bergambar bersama pemain dari SFC.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapannya berkata, langkah proaktif Air Selangor menerusi inisiatif CSR Sesama Mara itu mampu meringankan beban rakyat.

Iklan

Menurutnya, penyerahan Box of Hope kepada komuniti B40 merupakan contoh jelas keprihatinan kerajaan negeri bersama syarikat milik negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan.

"Langkah ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah ia merupakan satu contoh jelas bagaimana kerajaan negeri bersama syarikat milik negeri terus membantu rakyat.

Iklan

"Saya berharap program ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Amirudin melihat reruai Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Selangor Football Club (SFC) yang juga merupakan rakan strategik Air Selangor, dalam penganjuran klinik bola sepak bersama-sama dengan 50 orang kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun sebagai pendedahan awal kepada sukan tersebut.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali, sejak program Box of Hope Air Selangor diperkenalkan pada Jun 2020, sebanyak 6,035 sumbangan telah diagihkan kepada komuniti B40.

Tambah beliau, program tersebut bertujuan untuk membantu komuniti sekeliling di samping memperkukuhkan hubungan Air Selangor dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penerima Boz of Hopes

"Sumbangan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada penerima bagi meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

"Program ini membuktikan bahawa Air Selangor bukan sekadar berusaha berterusan dalam menyediakan perkhidmatan air, tetapi juga membantu dan menyumbang kepada masyarakat menerusi inisiatif CSR Sesama Mara,” ujarnya.

Dalam pada itu,orang ramai yang ingin menyumbang kepada program Box of Hope dalam bentuk pembelian fizikal boleh mengunjungi lima lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTOWN Shopping Centre Cheras, 1 Mont Kiara, Central i-City Shah Alam dan Melawati Mall Ampang.