Serangan pengganas: Rakyat Malaysia di Turkiye dinasihati waspada

Iklan
Semua rakyat Malaysia di Turkiye dinasihati agar waspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

PUTRAJAYA - Semua rakyat Malaysia di Turkiye dinasihati agar waspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ia susulan insiden serangan di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries (TAI), Ankara, Turkiye pada Rabu.

Iklan
Iklan

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau rapat perkembangan.

"Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan berkenaan," katanya.

Iklan

Terdahulu media melaporkan dua penyerang membunuh lima orang dan mencederakan 22 yang lain dalam serangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, kedua-dua penyerang berkenaan yang berjaya dinuetralkan berkemungkinan besar anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

Iklan

Saksi memberitahu bahawa pekerja di dalam bangunan dibawa ke tempat perlindungan oleh pihak berkuasa dan tiada siapa yang dibenarkan keluar selama beberapa jam.

Mereka berkata, letupan yang didengar mungkin berlaku di beberapa pintu keluar semasa pekerja meninggalkan tempat kerja untuk pulang.

Saksi kemudian berkata pemindahan kakitangan dari kampus TUSAS telah bermula dan bas-bas dibenarkan keluar setelah operasi selesai.

TUSAS merupakan pengeluar aeroangkasa terbesar di Turkiye, yang kini menghasilkan pesawat latihan, helikopter tempur dan helikopter awam, serta sedang membangunkan jet pejuang tempatan pertama negara, KAAN.