Serangan pengganas di Turkiye sasar kemudahan Turkish Aerospace Industries

Iklan
Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara.

ANKARA - Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara, kata seorang pegawai kanan Turkiye pada Rabu.

Serangan itu mengakibatkan kematian dan kecederaan, menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya di platform X, memetik laporan Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Beliau menyeru orang awam supaya bergantung kepada kenyataan daripada sumber rasmi untuk perkembangan terkini.

Turut disiarkan di platform X, Pusat Memerangi Disinformasi Turkiye menggesa orang ramai untuk mengikuti kenyataan daripada sumber rasmi dan mengelakkan tuduhan"tidak berasas."

Iklan

Letupan dan bunyi tembakan kedengaran di kemudahan Turkish Aerospace Industries di daerah Kahramankazan, Ankara pada Rabu.

Pasukan keselamatan, bomba dan paramedik dikerahkan ke kawasan kejadian.

Iklan

Dilaporkan bahawa kakitangan firma pertahanan itu diarahkan ke tempat perlindungan atas sebab keselamatan. - Bernama