Lelaki mental ditahan langgar pelajar dalam kawasan sekolah

Iklan
Polis menahan lelaki yang dikesan memandu kereta secara merbahaya hingga hampir meragut nyawa seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Pantai Remis di sini pada Rabu. Gambar kecil: Hasbullah

LUMUT - Polis menahan lelaki yang dikesan memandu kereta secara merbahaya hingga hampir meragut nyawa seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Pantai Remis di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 13 tahun sedang menjalani latihan bola tampar bersama rakan-rakannya di dewan sekolah berkenaan sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah kereta.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, mangsa mengalami kecederaan di kaki kiri telah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

"Siasatan mendapati suspek berusia 47 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi telah telah melanggar pintu pagar gelanggang bola keranjang di Taman Bintang hingga roboh sebelum menghala ke sebuah sekolah.

Iklan

"Setibanya di sekolah, suspek memandu masuk menuju ke dewan sekolah dan melanggar salah seorang pelajar yang sedang menjalani latihan bola tampar sebelum beredar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Hasbullah berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek dan merampas Perodua Myvi berwarna putih pada jam 6.50 petang.

Iklan

"Suspek bagaimanapun dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan memandangkan keadaan mentalnya yang tidak stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391 atau 05-6886222 bagi membantu siasatan.