Ringgit meningkat berbanding dolar AS

Iklan
Pada 8.05 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3450/3615 berbanding dolar AS daripada 4.3490/3535 semasa ditutup semalam.

RINGGIT diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika awal dagangan pada Khamis, dalam keadaan ketidakpastian mengenai pilihan raya Presiden AS yang akan diadakan pada 5 November ini, kata penganalisis.

Pada 8.05 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3450/3615 berbanding dolar AS daripada 4.3490/3535 semasa ditutup semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit mungkin kekal rendah dalam tempoh terdekat, dengan pasaran menunggu kejelasan sehingga rakyat AS mengundi.

"Persaingan antara calon, Kamala Harris dan Donald Trump, adalah sengit, membawa kepada ketidakpastian yang besar, keadaan yang tidak disukai oleh pasaran kewangan. Akibatnya, minat risiko telah susut dan meningkatkan permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS.

Iklan

"Selain itu, prospek kadar faedah nampaknya menggalakkan bagi dolar AS, memandangkan Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka tidak melonggarkan dasar monetarinya dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selain itu, kebimbangan terhadap dasar perlindungan perdagangan serta dasar fiskal yang bersifat sangat mengembang boleh menjejaskan inflasi, berpotensi mendorong Fed AS untuk mempertimbangkan semula pendirian monetari semasanya.

Iklan

Semasa awal dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8464/8574 daripada 2.8484/8516 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding euro kepada 4.6839/7017 daripada 4.6887/6935.

Ringgit juga lebih stabil berbanding pound British kepada 5.6111/6324 daripada 5.6433/6491 semalam.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.53 daripada 7.50/7.52 semalam, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2847/2974 daripada 3.2932/2969.

Ringgit lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 278.0/279.2 daripada 278.2/278.7 ketika ditutup semalam, dan lebih kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8573/12.9138 daripada 12.8959/9149. - Bernama