Tottenham tanpa Heung-min

Iklan
Heung-min. Foto Agensi

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur bertekad mengekalkan permulaan cemerlang Liga Europa tanpa kelibat kapten berpengaruh, Son Heung-min apabila berdepan kelab liga Belanda, AZ Alkmaar di Stadium Tottenham Hotspur.

The Lilywhites sebelum itu disahkan melayan kunjungan kelab tangga keempat, Eredivisie kendalian pengendali kelahiran Belgium, Maarten Martens tanpa bintang Korea Selatan berkenaan yang kurang cergas.

Iklan
Iklan

"Sonny agak sakit selepas hujung minggu, dia tidak akan terlibat esok.

"Kami akan meninggalkan dia dan kami akan melihat bagaimana dia dari sana," kata pengendali Tottenham, Ange Postecoglou.

Iklan

Kelab berprestasi tinggi dari London itu sebelum ini membuka gelanggang kejuaraan tahap dua kelab Eropah berkenaan dengan dua kemenangan 3-0 ke atas Qarabag diikuti Ferencvaros, 2-1.

Jelas Postecoglou, kunjungan De Kaasboeren itu juga membolehkan The Lilywhites melakukan penilaian prestasi terhadap pemain-pemain muda lain untuk minit permainan.

Iklan

Beberapa pelapis muda seperti Mikey Moore, Will Lankshear dan Lucas Bergvall, menampilkan kualiti membanggakan ketika menang ke atas Ferencvaros awal bulan ini.

"Kami telah memulakan kejuaraan ini dengan sangat baik. Setiap kali anda bermain di tempat lawan di Eropah, cabarannya amat berbeza.

"Kami mengambil juga peluang ini mendedahkan beberapa pemain muda Tottenham kepada cabaran bola sepak Eropah yang menghasilkan sesuatu yang positif kepada perkembangan karier.

"Kami tidak berada di pentas Eropah tahun lalu selepas kami terlepasnya. Musim ini kami telah memulakan kejuaraan dengan keputusan positif dan baik, namun perjalanan Tottenham masih jauh lagi untuk ditempuhi. Musim ini kami mengambil pendekatan satu demi satu langkah," kata Postecoglou pengendali kelahiran Athens, Greece yang dibesarkan sejak berusia lima tahun di Melbourne, Australia.

INFO

LIGA EUROPA

Jadual Perlawanan

Eintracht Frankfurt lwn Rigas Futbola Skola, 12.45 tengah malam

AS Roma lwn Dinamo Kiev, 12.45 tengah malam

FC Midtjylland lwn Royale Union Saint-Gilloise, 12.45 tengah malam

Qarabag FK lwn Ajax Amsterdam, 12.45 tengah malam

Maccabi Tel Aviv lwn Real Sociedad, 12.45 tengah malam

PAOK Thessaloniki lwn Viktoria Plazen, 12.45 tengah malam

Ferencvarosi TC lwn Nice, 12.45 tengah malam

Fenerbache lwn Manchester United, 3 pagi

Tottenham Hotspur lwn AZ Alkmaar, 3 pagi

Lyon lwn Besiktas, 3 pagi

Anderlecht lwn Ludogorets, 3 pagi

Athletic Bilbao lwn Slavia Prague, 3 pagi

Malmö lwn Olympiakos, 3 pagi

Porto lwn Hoffenheim, 3 pagi

Twente Enschede lwn Lazio, 3 pagi

Rangers lwn FC Steaua Bucharest, 3 pagi