Usaha tingkat kualiti rangkaian jalan raya di Selangor

Iklan
Processed with VSCO with a5 preset

SHAH ALAM- Kerajaan Negeri Selangor terus mempergiat usaha meningkatkan kualiti rangkaian jalan raya dengan pelaksanaan Projek Turapan Mega 2024 bermula 11 Oktober lalu.

Inisiatif tersebut bertujuan untuk memperbaiki infrastruktur jalan raya sedia ada yang rosak dan memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan.

Iklan
Iklan

Projek itu merupakan sebahagian inisiatif tahunan Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikatnya iaitu Infrasel Sdn. Bhd. (Infrasel) untuk menambah baik selenggaraan jalan raya di seluruh negeri.

Kerja-kerja membuat garisan jalan sedang dilaksanakan di Jalan Raja Chulan, Sabak Bernam.

Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Ir. Izham Hashim, projek tersebut dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa pertama melibatkan 17 kerja bernilai RM10 juta dijangka siap pada minggu ini.

Iklan

"Fasa kedua bermula sebaik sahaja fasa pertama selesai dengan melibatkan 20 kerja pada minggu ini dan dijangka siap sepenuhnya sebelum perayaan Deepavali,” katanya kepada Sinar Harian.

Kerja-kerja turapan sedang dijalankan oleh Infrasel.

Izham berkata, berbanding tahun lalu, Projek Turapan Mega 2024 merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan bagi laluan di bawah kendalian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tanpa melibatkan jalanjalan di bawah seliaan Pejabat Daerah & Tanah (PDT), Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dengan jumlah keluasan keseluruhan mencecah 375,000 meter persegi (m2).

Iklan

"Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di negeri ini, khususnya bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya,” katanya.

Projek turapan berskala besar

Kerja -kerja ‘milling’ sebelum kerja turapan bermula.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek turapan berskala besar yang dilaksanakan ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu jalan rosak yang dihadapi pengguna.

"Kerajaan negeri bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, malah turut memandang serius potensi bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh di kawasan bercerun, terutamanya semasa fasa peralihan monsun ini,” kata Amirudin.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor mengajak semua pengguna jalan raya untuk bersabar sepanjang tempoh pelaksanaan dan mematuhi arahan lalu lintas yang ditetapkan.

Penurapan semula sedang dijalankan di lokasi Projek Turapan Mega 2.0.

Dengan pelaksanaan projek ini, diharapkan kualiti rangkaian jalan raya di Selangor akan dapat ditingkatkan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri yang lebih mampan.

Projek Turapan Mega 2024 merupakan kesinambungan kepada kejayaan Projek Turapan Mega 1.0 yang dilaksanakan pada tahun 2023 melalui penyelesaian sebanyak 118 arahan kerja dikeluarkan meliputi sembilan daerah di negeri Selangor.