Anak, peguam Najib adakan sidang media petang ini

Iklan
Najib, Mohamad Nizar

SHAH ALAM - Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nizar Najib akan mengadakan satu sidang media berhubung kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama peguamnya pada Khamis.

Menerusi jemputan yang diterima, sidang media tersebut akan diadakan di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 5 Disember depan untuk mendengar rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kewujudan titah addendum.

Mohamad Nizar dan Mohd Nazif mengadakan siaran langsung di TikTok lewat malam Rabu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu menolak permohonan Najib, 71, untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden bagi mencabar kewujudan titah addendum tersebut selepas berpendapat empat afidavit bagi menyokong permohonannya, termasuk oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.

Iklan

Mohamad Nizar bersama adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib melalui siaran langsung di aplikasi TikTok pada lewat malam Rabu melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Lembaga Pengampuan yang tidak memberi pengampunan serta dan membebaskan Najib Tun sebagaimana diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim

Mereka turut mempertikaikan kewujudan titah addendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bapa mereka menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Iklan