Selamatkan kucing patah kaki, berdarah akibat dilanggar bukan 'content'

Iklan
Tangkap layar hantaran di TikTok yang mendapat 2 juta tontonan dan lebih 86,300 tanda suka.

SHAH ALAM - Rasa kecintaan terhadap haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW menyebabkan seorang lelaki sanggup melintasi lebuh raya sibuk untuk menyelamatkan seekor kucing yang cedera dilanggar.

Pekerja swasta, Nasrul Hakim Muhamad Afizi, 26, berkata, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang bekerja di kawasan tersebut dan terdengar bunyi dentuman yang pada mulanya disangka kemalangan melibatkan motosikal.

Iklan
Iklan

"Ada satu kereta lalu di kawasan itu, secara tiba-tiba kucing itu melintas dan dilanggar. Kemudian kawan saya panggil, suruh angkat kucing tersebut.

"Saya tengok dari jauh macam dah mati tapi saya gagahkan diri juga untuk melintas sebab nak tahu keadaan sebenar kucing tersebut.

Iklan

"Bila sampai dekat, kucing itu masih bergerak dan berbunyi macam minta tolong. Saya angkat dan bawa ke lokasi lebih selamat serta menghubungi klinik veterinar untuk bertanya mengenai rawatan dan kos," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nasrul memaklumkan, pihak klinik yang dihubungi menjelaskan jumlah sebenar rawatan kucing itu untuk konsultasi RM250 manakala untuk rawatan dalam lingkungan RM1,500.

Iklan

Susulan daripada itu, dia segera memuat naik mengenai kejadian tersebut berserta kos rawatan di media sosial untuk mendapatkan bantuan.

"Alhamdulillah, selepas saya buat hantaran itu ada hamba ALLAH berhubung dengan saya dan menawarkan diri untuk membiayai kesemua kos rawatan tersebut.

"Kucing itu disahkan patah kedua kaki belakang dan cedera pada bahagian mulut. Kini, kucing itu dijaga oleh orang yang menampung kos berkenaan," jelasnya.

Pada masa sama, Nasrul berkata, ramai juga mengambil kesempatan dengan membuat pengakuan bahawa kucing itu adalah milik mereka yang hilang.

Bagaimanapun, bimbang ditipu oleh scammer, dia hanya menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pihak yang membantu menampung kos rawatan kucing tersebut.

"Saya ada semua maklumat dia, cuma untuk jaminan bahawa dia akan menjaga kucing itu dengan baik. Alhamdulillah, sekarang kucing ada tuan baru yang mampu menjaganya.

"Walaupun pada awalnya saya dapat kecaman sebab bahayakan nyawa demi 'content' tetapi bagi saya, tidak rugi berbuat baik kepada haiwan lebih-lebih lagi kucing sebab dia adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW," katanya.