DBKL roboh struktur binaan haram di Taman Batu Muda

Iklan
Operasi merobohkan struktur binaan yang dibina di atas rizab jalan awam di sekitar Taman Batu Muda. Foto FB DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi merobohkan struktur binaan yang dibina di atas rizab jalan awam di sekitar Taman Batu Muda di sini pada Rabu.

Tindakan itu dibuat DBKL melalui Operasi Roboh Struktur dilaksanakan secara bersepadu melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Pejabat Cawangan Batu serta Polis Diraja Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurut DBKL, hasil daripada operasi yang dijalankan, sebuah struktur binaan telah dirobohkan selepas Notis Arahan Berhenti Kerja (Stop Work Order) gagal dipatuhi oleh pemilik.

Sebuah struktur binaan telah dirobohkan selepas Notis Arahan Berhenti Kerja gagal dipatuhi oleh pemilik. Foto FB DBKL

"Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan," kata pihak berkuasa tempatan itu di laman Facebooknya.

Iklan

Dalam pada itu, pihak DBKL juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan. Foto FB DBKL

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

Iklan