Dadah: Yusoff Rawther fail rujukan ke Mahkamah Persekutuan

Iklan
Pada 12 September lalu, Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengedar 305 gram dadah jenis kanabis di dalam kenderaan dinaikinya. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther memfailkan rujukan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi pelupusan awal kes.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, arahan dibuat oleh anak guamnya itu adalah berkaitan dengan keperlembagaan dan undang-undang yang menyentuh hak jaminan berada bawah bidang kuasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Ujarnya, pengurusan kes bagi permohonan anak guamnya yang menuntut deklarasi bahawa Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah tidak berperlembagaan telah berlangsung di mahkamah pada Rabu.

"Kami juga telah memohon agar kes ini diangkat segera mungkin di hadapan hakim secara pengurusan kes fizikal kerana isu-isu kepentingan yang berbangkit," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Ujar beliau, Timbalan Pendaftar, Syeela Marlina Uttaman menetapkan 6 November depan untuk pengurusan kes yang dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Pada 12 September lalu, Muhammed Yusoff, 31, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengedar 305 gram dadah jenis kanabis, di dalam kenderaan dinaikinya.

Iklan

Lelaki itu turut didakwa di mahkamah sama pada 9 Oktober atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan.