Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung 11 Oktober lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, keutamaan ini juga mengambil kira status Kuala Lumpur yang bukan sahaja berperanan sebagai pintu masuk utama negara, tetapi juga sebagai ibu negara dan pusat ekonomi serantau.

Iklan
Iklan

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memikul tanggungjawab untuk memastikan keindahan dan kesejahteraan ibu kota terpelihara, terutamanya dalam persiapan bagi penganjuran Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Kesiapsiagaan menghadapi banjir memerlukan pendekatan bersepadu yang melibatkan kerjasama bukan hanya daripada DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan, tetapi juga agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi Malaysia, serta SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai tahap kesiapsiagaan Kuala Lumpur bagi menghadapi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan sepenuhnya dan berpotensi menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara-acara berkenaan. - Bernama

Iklan