Ragut rantai: Polis buru lelaki berpakaian seperti penghantar makanan

Iklan
Rakaman video tular memaparkan insiden kes ragut di kedai buah-buahan di Taman Universiti Indah, Sri Kembangan di sini pada Selasa.

SERDANG - Polis memburu penunggang motosikal berpakaian seperti penghantar makanan yang disyaki meragut rantai leher seorang wanita di kedai buah di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, ketika kejadian pada jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 37 tahun berada di kaki lima kedai berkenaan.

Iklan
Iklan

"Suspek yang menunggang motorsikal jenis Yamaha LC 135 warna biru telah meragut rantai berloket milik mangsa bernilai RM3,000. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Anbalagan berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes ragut itu.

Iklan

"Kita masih giat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini. Kes disiasat bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan perlakuan jenayah boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Iklan