Kemuka tuntutan elaun palsu RM36,800, kakitangan Rela direman

Iklan
Kakitangan Rela direman bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM36,800.

IPOH - Seorang kakitangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM36,800.

Perintah reman terhadap seorang lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Atifah Hazimah Wahab selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak pada Khamis.

Iklan
Iklan

Tempoh reman terhadap penjawat awam itu bermula Khamis hingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, lelaki yang memegang jawatan sebagai penolong pegawai Rela daerah itu ditahan bagi membantu siasatan kes mengemukakan laporan tuntutan palsu berjumlah RM36,800.

Iklan

Tuntutan itu merupakan elaun penugasan anggota-anggota Rela daerah untuk kawasan keselamatan anggota terlibat bagi rondaan keselamatan dan pemantauan bencana semasa Monsun Timur Laut (MTL).

Difahamkan tugas tersebut tidak dilaksanakan bagi tahun 2023 hingga 2024.

Iklan

Suspek telah ditahan di pejabat SPRM Perak antara jam 1.25 hingga 1.45 petang pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.