Buaya 'gergasi' baham lembu ditembak mati

Iklan
Buaya yang membaham lembu berjaya ditembak dalam kejadian di Felda Sahabat, Blok 25 Sahabat 9, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Seekor buaya jantan yang membaham seekor lembu berjaya ditembak mati sepasukan Jabatan Hidupan Liar (JHL) dalam kejadian di Felda Sahabat, Blok 25 Sahabat 9, di sini pada Isnin lalu.

Buaya 'gergasi' sepanjang 4.42 meter itu berjaya dikesan di sebuah anak sungai kecil di kawasan ladang sawit selepas pihak JHL menerima aduan daripada pemilik lembu berkenaan berhubung kejadian itu.

Iklan
Iklan

Pegawai Hidupan Liar, Silvester Saimin berkata, berdasarkan aduan yang diterima sepasukan anggotanya digerakkan ke lokasi kejadian.

Buaya sepanjang 4.42 meter berjaya ditembak dalam kejadian di Felda Sahabat, Blok 25 Sahabat 9, Lahad Datu.

"Kakitangan JHL Lahad Datu bergegas ke lokasi dan mendapati seekor buaya berada di kawasan anak sungai kecil.

Iklan

"Dua das tembakan telah dilepaskan pada buaya tersebut dan bangkai haiwan tersebut kemudian dibawa naik ke darat sebelum ditanam untuk pelupusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, dipercayai kehadiran buaya di kawasan anak sungai bukan di kawasan habitat yang sepatutnya.

Iklan

"Ini hanya sungai kecil yang terletak ladang kelapa sawit yang bukan kawasan habitatnya.

"Setakat ini, buaya tersebut antara yang terbesar berjaya dikesan di daerah ini dan kehadirannya dibimbangi penduduk setempat," katanya.

Sebelum itu, kerja mengambil dan menanam bangkai buaya itu turut menggunakan jentolak berikutan saiz haiwan tersebut yang besar.