Ditetak ketika sarapan, lelaki terima tujuh jahitan

Iklan
Seorang lelaki menerima tujuh jahitan di bahagian lengan selepas ditetak ketika menikmati sarapan dalam kejadian di Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas Tawau, di sini pada Rabu. Gambar hiasan.

TAWAU - Seorang lelaki menerima tujuh jahitan di bahagian lengan selepas ditetak ketika menikmati sarapan dalam kejadian di Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas Tawau, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga asing berusia 30-an dengan bersenjatakan parang lalu bertindak menyerangnya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada anak mangsa yang mengatakan bapanya diserang oleh seorang lelaki dikenali dengan menggunakan parang.

Suspek (empat dari kanan) ditahan dalam serbuan di Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas Tawau. FB Polis Daerah Tawau

"Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika mangsa sedang bersarapan di kaki lima rumahnya.

Iklan

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan serta menerima tujuh jahitan di lengan kanan dipercayai diserang dengan menggunakan parang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, suspek ditahan dalam serbuan yang dibuat sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 12 tengah hari.

Iklan

"Pihak polis turut merampas parang panjang yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

"Suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.