Rumah rosak akibat ribut petir dan hujan air batu

Iklan
Pemandangan dari udara menunjukkan keadaan rumah yang rosak pada bahagian bumbung akibat ribut petir dan hujan air batu semasa tinjauan di Kampung Gong Pauh, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, sebanyak 244 rumah rosak dalam daerah Kemaman dan kawasan dalam radius kira-kira tiga kilometer di sekitarnya, melibatkan Kampung Tuan, Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Besut, Kampung Gong Limau, Kampung Gong Pauh dan Kampung Bakau Tinggi.