'Ulat' dicekup, tak sempat jerat pelancong AS

Iklan
Ulat terbabit menawarkan perkhidmatan pengangkutan haram kepada enam penumpang warga Amerika Syarikat.

SEPANG - Menyasarkan pelancong warga asing serta memanipulasikan harga tambang antara taktik digunakan pemandu kereta sewa haram atau 'ulat' bagi mendapatkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Tindakan licik ulat yang merupakan lelaki warga tempatan itu bagaimanapun berjaya dikesan menerusi operasi dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Rabu.

Iklan
Iklan

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit telah menjalankan kegiatan haram berkenaan lebih dua tahun.

Beliau berkata, individu berumur 44 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 petang.

Iklan

"Siasatan awal mendapati individu berkenaan telah memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada enam penumpang warga Amerika Syarikat.

"Kesemua penumpang itu dipercayai ditawarkan dengar harga yang tinggi dari Terminal 2, KLIA ke Hyatt Place Hotel, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan kadar tambang sebanyak RM150," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Polis menahan pemandu Toyota Innova kerana menjalankan aktiviti kereta sewa haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Iklan

Katanya, susulan itu kenderaan berkenaan ditahan dan disita untuk siasatan selanjutnya.

"Tindakan itu dijalankan mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) serta boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1), di bawah akta yang sama.

"Orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA/KLIA 2 atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing," katanya.

Menurutnya, penguatkuasaan sentiasa dijalankan berterusan dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram.